10 MAC, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Kem Bestari Solat (KBS) siri 1/2017 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bermula jam 8.00 hingga 12.00 tgh. KBS pada kali ini melibatkan semua murid SKKK1, tahap 1 dan 2 serta murid-murid dari kelas Anugerah 6 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam
program j-QAF sejak sesi 2005 lagi.
Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan
murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan,
ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu
aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada
pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu.
Objektif Kem Bestari Solat
adalah seperti berikut :
1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul (perbuatan dan
bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
3 Memberi
peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang sempurna sama ada secara
bersendirian mahupun berjemaah.
4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah
pelaksanaan solat dalam kehidupan seharian.
Matlamat Kem Bestari Solat ini
dilaksanakan bagi memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta
mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi
tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.
No comments:
Post a Comment