Selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi
melahirkan murid-murid Pendidikan Khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia
pendidikan. Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran
bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur
sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas.
Penyertaaan pelajar khas sama ada
secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan
intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, satu projek Keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan
di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya
berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.
Sehubungan dengan itu Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran SKKK1 telah menjalankan projek keusahawanan jualan air tebu pada 15 Februari 2017 (Rabu). Murid-murid kelas 4, 5 dan 6 terlibat secara langsung dalam projek ini dengan bimbingan dari semua guru-guru PPKI. Murid-murid tahun 6 ditugaskan untuk membuat jualan di bilik guru, di kantin sekolah dan di pejabat sekolah dengan harga RM3 untuk 2 cawan air tebu tanpa air batu. Hasil jualan yang diperolehi sepanjang jualan tersebut pada kali ini RM126 telah dimasukkan dalam tabung projek keusahawanan PPKI.
Objektif Projek Keusahawanan PPKI SKKK1:-
- Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri,menyenggara dan membaik pulih mudah dan menyedari potensi kea rah keusahawanan.
- Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.
- Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab.
- Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.
- Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,masyarakat dan sebagainya.
- Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar khas.
- Melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.
- Memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar-pelajar khas tentang pelbagai cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.
- Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan.
1 comment:
Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.
Post a Comment