GURU-GURU SKKK1 2022
Oct 11, 2018
Oct 9, 2018
PROGRAM KEM MEMBACA DAN KITAR SEMULA
9 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1
Kem Membaca merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiiti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah menjayakan program ini dengan mengadakan aktiviti kemuncak "Pesta Buku" peringkat sekolah yang diadakan pada 7 dan 8 Oktober, 2018 bertempat di Kelas 6 Cakna dan 6 Cekal bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Serentak dengan itu juga, program kitar semula juga turut dijalankan. Murid-murid yang mempunyai buku/majalah/suratkhabar yang terpakai dialu-alukan untuk menyumbang pada hari tersebut. Hadiah galakan juga turut disediakan untuk sumbangan yang paling berat.
Oct 7, 2018
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
7 OKTOBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1
Seluruh warga sekolah mengucapkan sekalung penghargaan Tahniah dan Syabas buat Penolong Kanan Kokurikulum SKKK1 Pn Anishah bt Ibrahim kerana telah dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SKKK1 yang baru mengantikan Pn Hjh Norani Bt Abdullah yang bersara wajib pertengahan bulan September yang lalu. Surat perlantikan telah disampaikan oleh Tn Guru Besar En Mohd Zaidi bin Yusof pada 4 Oktober, 2018.
Sep 23, 2018
MAJLIS RESTU ILMU 2018
23 SEPTEMBER, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1
Majlis
restu ilmu 2018 untuk calon - calon yang akan menduduki
peperiksaan UPSR telah diadakan di Anjung Bestari pada pagi ini. Majlis
dimulakan pada jam 10.00 pagi, berjalan dalam suasana yang penuh sayu
ini memberi ruang untuk
semua guru-guru memberi semangat dan mengukir kata-kata terakhir untuk
calon-calon yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini. Majlis
dimulai dengan bacaan doa, ucapan wakil guru SKKK1, ucapan dari wakil
murid, ucapan dari YDP PIBG dan ucapan dan amanat terakhir dari Tn Guru
Besar SKKK1, En Mohd Zaidi bin Yusof.
Dalam ucapan ringkasnya Tn Guru
Besar berpesan kepada semua murid agar menjaga kesihatan, makan dan
minum dengan baik sepanjang minggu peperiksaan ini. Waktu rehat dan
waktu tidur hendaklah mencukupi, datang awal ke sekolah dan jangan lupa
bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Seterusnya beliau juga
merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru SKKK1
terutama guru-guru tahun 6 kerana tidak pernah jemu mendidik, membimbing
anak-anak SKKK1 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Seterusnya beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mantan PK HEM SKKK1, Pn Hjh Norani bt Abdullah kerana turut hadir dalam majlis pada hari ini. Majlis
diakhiri
dengan acara suapan pulut kuning dan bersalam-salaman antara guru dan
semua murid.
Semua guru SKKK1 mengharapkan agar semua calon
mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki
pada 24 -27 September, 2018 . Guru-guru SKKK1 merestui dan mengalalkan
semua ilmu yang
telah dipelajari dan diberi selama ini. Selamat Berjaya.SKKK1 SENTIASA
TERATAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.
SK KUBANG KERIAN 1.
PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN
Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.








