GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Feb 27, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"




Majlis mesyuarat agung PIBG dan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan murid SKKK1 tahun 2013 telah diadakan dengan jayanya pada petang ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1.Majlis telah dirasmikan oleh YBG En. Syamsudin b. Yusof, Naib Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian.

Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar , Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Syamsudin wakil kepada Datuk Muhammad b. Abdul Ghani, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian yang tidak dapat hadir pada petang ini kerana berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi.  

Beliau juga turut mengucapkan  terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama pada petang ini, seterusnya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima hadiah pada petang ini, terima kasih kepada para penderma yang sudi menderma hadiah cabutan bertuah pada hari ini.Sekalung ucapan tahniah juga ditujukan kepada AJK PIBG yang baru dipilih dan dilantik pada petang ini. Kesempatan yang ada pada petang ini, beliau turut memaklumkan PBS akan diteruskan dengan penambahbaikan. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menghantar  usul mesyuarat agung PIBG pada petang ini. Semua usul yang dikemukakan akan dibincangkan dan akan diambil tindakan d alam mesyuarat AJK PIBG dalam masa terdekat.

Turut dimaklumkan kutipan derma PIBG akan dibuat pada tahun ini sebanyak RM10 untuk satu keluarga setelah tidak dipunggut selama 2 tahun berturut-turut.Seterusnya beliau memaklumkan dan mengajak semua ibu bapa serta semua yang hadir pada petang ini bersyukur kerana murid-murid SKKK1 telah menerima pelbagai sumbangan daripada kerajaan pusat, antaranya:
- Bantuan awal persekolahan untuk semua murid sebanyak Rm100 seorang
- KWAPM melibatkan 200 hingga 300 orang murid
- Bantuan E Kasih melibatkan 48 orang murid
- RMTS melibatkan lebih kurang 300 orang murid
- Pinjaman buku teks melibatkan semua murid SKKK1
- Terbaru SKKK1 menerima peruntukan untuk baik pulih padang sekolah sebanyak 
 RM850 000

Sebelum mengakhiri ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar memohon jasa baik tetamu jemputan pada hari ini agar menyampaikan salam kepada Datuk Muhammad b. Abdul Ghani agar  dapat menyumbang bantuan kewangan untuk menyiapkan Dewan terbuka Anjung MCN yang masih belum siap sepenuhnya. Akhir kata beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir pada petang ini.

Majlis berakhir pada jam 6.00 petang. Panjang umur insyallah berjumpa lagi pada mesyuarat agung PIBG tahun hadapan.Insyallah.


Feb 23, 2014

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 2014

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"
23 Feb. 2014 : SK KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU






Majlis perlantikan pemkmpin kecil SKKK1 bagi sesi 2014 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Anjung Tinggi SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh SUPT Azli b. Md Noor Ketua Jabatan Ketenteraman  Awan/Ketua Trafik Negeri Kelantan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG  Tn. Mohd Yunus@Halim b. Tahir dan mantan PK 1 SKKK1, Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail.

Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohammad b. Che Noh, mengalu-alukan kedatangan SUPT. Azli b. Md Noor serta rombongan ke sekoloh dan sekalung penghargaan terima kasih diucapkan. Dalam ucapan ringkas tersebut beliau  memaklumkan beberapa perkara antaranya :-
  1. Murid yang mendapat RMTS diminta datang awal kesekolah dan makanan RMTS boleh dimakan  seawal jam 7.00 - 7.30 pagi mula esok.
  2. Program kitar semula masih berjalan, setiap 2 minggu sekali pada hari Khamis.
  3. Sukan tahunan akan diadakan pada bulan Mac dan latihan rumah sukan akan dijalankan mulai minggu ini.
Seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemimpim kecil SKKK1 dan semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Insyallah.



Feb 20, 2014

PROGRAM MOTIVASI PEMIMPIN KECIL SKKK1

20 Feb. 2014 - SK KUBANG KERIAN 1






Ceramah Motivasi Pemimpin Kecil SKKK1 untuk pengawas sekolah, pengawas ICT, pengawas PSS, pengawas buku teks, ketua dan penolong ketua darjah bagi tahap 2 telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh penceramah jemputan, YM Raja Zulkipli b. Raja Omar Kaunselor SMK Pancor Perdana Kota Bharu Kelantan.
 
Ceramah motivasi ini merupakan program rutin yang diadakan setiap awal tahun persekolahan untuk memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpinyang boleh diteladani. Ia juga bertujuan memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa pemimpin pelajar disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk memimpin. Maklumat berkaitan kemahiran komunikasi juga perlu disampaikan supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan lebih berkesan lagi.
 
Secara umumnya matlamat utama program ini diadakan ialah untuk melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi,rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas   kepimpinan.
 
Matlamat utama program ini diadakan ialah untuk :-
  •  Menyediakan pelajar agar dapat bersedia dengan jawatan yang disandang.
  • Menyampaiakan makluman dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan kepada pemimpin pelajar sekolah tahun 2014.
  • Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan kepada kumpulan yang dipimpin.
  • Menanam nilai tanggungjawab
  • Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab dikalanga peserta serta
  • mempunyai nilai hormat menghormati yang tinggi sesama insan

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS PK PENTADBIRAN BARU SKKK1

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

20 Feb. 2014 : SK KUBANG KERIAN 1





Selamat datang dan selamat bertugas di sekolah lama buat PK Pentadbiran baru SKKK1, Tn. Hj. Abd Razak b. Adahan yang memulakan tugas sebagai PK 1 di SKKK1 bermula hari ini. Tn. Hj. Abd Razak merupakan Pk Kokurikulum dari Sk Kota dan pernah bertugas di SKKK1 beberapa tahun yang lepas. Rombongan menghantar beliau telah tiba di perkarangan SKKK1 pada pagi ini sedikit taklimat ringkas telah diadakan di bilik gerakan. Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat kembali dan selamat bertugas sebagai PK Pentadbiran di SKKK1.

Feb 19, 2014

TERAPI KUDA MURID-MURID PPKI

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK"

19 FEB 2014 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1



 
Aktiviti Terapi Berkuda murid-murid PPKI SKKK1, telah mula diadakan pada minggu ini untuk sesi 2014 bertempat di Yayasan Orang Upaya Yokuk, Penkalang Chepa Kota Bharu. Aktiviti ini diadakan satiap minggu bergilir-gilir dengan terapi air.

Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu murid- murid berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Program ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan- peraturan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan ‘guru- guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi  mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas’

Matlamat utama Program ini diadakan adalah untuk membantu murid- murid berkeperluan khas meningkatkan nilai- nilai dalam aspek kehidupan serta meneruskan proses perkembangan diri yang lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap.

Objektif utama aktiviti ini diadakan setiap minggu adalah :-
  • Membolehkan murid meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.
  • Melatih murid- murid khas bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran- kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian. 
  • Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.