GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Apr 30, 2013

ENGLISH LANGUAGE STORY TELLING, ACTION SONG AND PUBLIC SPEAKING COMPETITION PRIMARY SCHOOL QIT LEVEL 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 




29th April, 2013 - SK KUBANG KERIAN 1. English Language Story Telling, Action Song and Public Speaking Competition Primary School , QIT Kota Jembal 2013 telah diadakan di SK. Kubang Kerian 1 pada 29th April, 2013 bermula 8.30 a.m - 1.30p.m. Antara sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut ialah SK. Kubang Kerian 1, SK. Kubang Kerian 3, SK Mentera,SK. Raja Bahar, SK Mentuan, SK Kota Jembal, SK. Sering, SK. Gong Dermin, SK. Sultan Ismail 4 dan SK. Banggu. Tahniah diucapkan kepada sekolah yang berjaya dan cuba lagi di tahun hadapan bagi yang kurang bernasib baik. 

Keputusan Pertandingan:-

STORY TELLING
1- SK. Kubang Kerian 3
2- SK. Sultan Ismail 4
3- SK. Banggu

PUBLIC SPEAKING
1- SK. Kubang Kerian 3
2- SK. Kubang Kerian 1
3- SK. Sultan Ismail 4

ACTION SONG
1 - SK Kubang Kerian 1
2 - SK. Kubang Kerian 3
3 - SK. Sultan Ismail 4

Apr 25, 2013

AKTIVITI REKREASI LUAR MURID-MURID PPKI SKKK1

25 APRIL, 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1


 Program Pendidikan Khas Integrasi SKKK1, telah mengadakan Aktiviti Rekreasi Luar bertempat di Pantai Irama Bachok pada pagi ini. Aktiviti ini telah disertai oleh semua murid, guru, PPM serta semua warga PPKI  SKKK1. Program bermula jam 8.00 pagi bertolak dari sekolah dengan menaiki bas dan tiba semula ke sekolah tepat jam 1.00 tgh. Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini berjalan ialah meniup belon, bola sepak pantai, aktiviti mencabar diri,  serta majlis perpisahan guru-guru ganti dan guru Praktikum dari IPGM Kampus Kota Bharu, yang berakhir pada hari ini. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Dalam ucapan ringkasnya, Tn Guru Besar mengucapkan tahniah dan syabas dan terima kasih kepada semua warga PPKI kerana sentiasa bekerjasama dalam menjayakan aktiviti atau program untuk muri-murid PPKI. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru ganti yang telah menyumbangkan idea dan tenaga sepanjang berada di SKKK1. Seterusnya beliau sempat menasihatkan guru-guru praktikum agar menggunakan ilmu serta pengalaman selama berada di SKKK1 dengan sebaik mungkin. Pengalaman yang baik dapat dijadikan ilmu dan yang kurang baik dapat dijadikan contoh dan tauladan.



Program yang dijalankan pada hari ini di ketuai oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail, dalam ucapan alu-aluannya beliau selaku wakil dari semua warga PPKI mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar di atas kesudian meluangkan masa untuk meraikan program yag diadakan pada hari ini. Seterusnya beliau juga bersyukur kerana semua ibubapa/penjaga murid PPKI serta pihak pentadbir sekolah  sentiasa memberi sokongan dengan aktiviti yang dijalankan samada di sekolah atau luar sekolah. Beliau juga memaklumkan antara objektif utama program ini di adakan ialah untuk membolehkan murid-murid PPKI SKKK1 menguasai kemahiran berkomunikasi, bersosial, mengembangkan perasaan ingin tahu tentang kebolehan diri dan alam sekitar serta memberi keyakinan pada diri sendiri dalam konsep kendiri yang positif. 



Apr 18, 2013

PEMILIHAN FUTSAL DAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 





18 APRIL, 2013 - PPKI SK KUBANG KERIAN 1

Seramai 6 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SKKK1 telah turut serta dalam pemilihan Futsal Pendidikan Khas peringkat PPD Kota Bharu yang telah diadakan pada pagi ini bertempat di gelanggang Futsal Massa Planet Panji Kota Bharu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat dalam sesi pemilihan tersebut. Walaupun tidak berjaya dalam pemilihan tersebut, namun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh mereka tetap dibanggakan kerana mereka berani mencuba.Semoga mereka semua akan terus berusaha berlatih bersungguh-sungguh untuk pemilihan pada masa yang akan datang.Insyallah.

KEM BESTARI SOLAT j-QAF PENDIDIKAN KHAS 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

18 APRIL 2013 - SK KUBANG KERIAN 1

Kem Bestari Solat j-Qaf Pendidikan Khas 2013 telah diadakan dengan jayanya pada awal minggu ini selama 2 hari, bertempat di Kelas Pendidikan Khas SKKK1. Program ini merupakan salah satu elemen penting untuk menjayakan mata pelajaran j-Qaf di Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SKKK1.

Antara objektif utama Kem Bestari Solat j-Qaf Pendidikan Khas ini diadakan ialah supaya murid PPKI :-
  • Dapat menguasai bacaan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Dapat menguasai bentuk perbuatan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh kem ini.
  • Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid, guru dan ibubapa.
  • Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik






Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berkata semoga kerjasama dari semua pihak dalam menjayakan program ini akan dapat melahirkan golongan pelajar yang berdisiplin dan mempunyai sahsiah diri yang jitu serta berakhlak mulia, insyaAllah. 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah hadir menjayakan program ini. Insyallah program ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.

Apr 14, 2013

JADUAL KEJOHANAN BOLA JARING

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

Jadual Kejohanan Bola Jaring Bagi Murid - murid Tahun 4, 5 dan 6 antara Rumah Sukan  SKKK1 2013 adalah seperti berikut :-

14 April, 2013 (Ahad) hingga 18 April, 2013 (Khamis)
28 April, 2013 (Ahad) hingga 30 April, 2013 (Selasa)
 


Maklumat selanjutnya, boleh dirujuk pada jadual yang ditampal pada papan kenyataan sekolah dan pengumuman yang di wawarkan dari semasa ke semasa oleh Penolong Kanan kokurikulum SKKK1..

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.