GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Dec 27, 2012

MAJLIS PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

26 DISEMBER, 2012 - SK. KUBANG KERIAN, KOTA BHARU 


Majlis pendaftaran persekolahan bagi murid-murid tahun 1 yang akan memulakan persekolahan beberapa hagi lagi ini telah diadakan pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Seramai 205 orang murid tahun 1 telah mendaftar  untuk memulakan persekolahan tahun 1 pada 1 Januari 2013. Dalam taklimat ringkas, tuan guru besar SKKK1 Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan Selamat Datang ke SKKK1 kepada semua ibu bapa dan murid-murid tahun 1 yang hadir pada hari ini. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa pada hari ini bersama anak masing-masing dalam majlis ini. Beliau menyeru kepada semua ibu bapa agar bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak sekolah khasnya dengan pentabir dan juga guru-guru SKKK1 dalam memastikan pencapaian cemerlang anak masing-masing dalam bidang akademik atau kokurikulum. Beliau juga berterima kasih kepada semua ibu bapa kerana memilih SKKK1 sebagai sekolah pertama untuk anak masing-masing menuntu ilmu. Akhirnya beliau mengucapkan  selamat memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 2013 kepada semua murid-murid tahun 1 SKKK1..

Dec 26, 2012

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2013

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 

24 DISEMBER, 2012 - SK KUBANG KERIAN 1



Mesyuarat guru SKKK1 kali pertama bagi sesi persekolahan 2013 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat SKKK1. Sebelum memulakan mesyuarat, GB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru SKKK1 di atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang persekolahan tahun 2012 dalam bidang masing-masing. Tanpa kerjasama yang erat di kalangan warga sekolah, sebarang aktiviti tidak mungkin dapat dilaksankan dengan jayanya dan mencapai kecemerlangan dalam semua bidang samada Kurikulum dan Kokurikulum.Dalam taklimat tersebut juga GB SKKK1 telah memberi mandat serta pesanan kepada semua guru yang hadir agar lebih bersemangat dan sentiasa bekerjasama dalam menjalankan tugas yang berkaitan dengan kecemerlangan sekolah.Taklimat ditangguhkan jam 1.15 tgh.

Nov 19, 2012

SYUKUR DAN TAHNIAH!!! 65 ORANG MURID MENDAPAT 5A DALAM KEPUTUSAN UPSR 2012

"MENGGEMILANGKAN AKADEMIK" 







19 NOVEMBER 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid-murid SKKK1 yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2012 yang telah diumunkan hari ini.Dalam majlis ringkas penyampaian sijil keputusan UPSR pagi ini, Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah dan syabas kepada kesemua murid seramai 65 orang yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini. Syabas, tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru, terutama guru-guru tahun 6 yang terlibat secara langsung dalam mengajar, membimbing anak-anak didik SKKK1, tidak dilupakan kepada semua warga sekolah yang terlibat secara tidak langsung dalam mengukir keputusan yang cemerlang pada tahun ini. Beliau juga turut bersyukur dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh anak-anak didik SKKK1. Kepada mereka yang kurang berjaya, jangan putus asa, usaha lagi diperingkat yang akan datang. Keputusan yang kurang memberansangkan dalam UPSR tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Usaha dengan lebih gigih lagi pada peringkat yang lebih tinggi nanti. Insyallah.

Beliau turut mengumumkan keputusan penuh pencapaian UPSR pada tahun ini. 

Keputusan Mendapat Bilangan A Dalam Setiap Matapelajaran:-

Bahasa Melayu (Pemahaman) 140 orang
Bahasa Melayu (Penuisan) 160 orang
Matematik 110 orang
Sains 101 orang
Bahasa Inggeris 81 orang

Secara keseluruhannya tidak ada murid yang gagal dalam semua matapelajaran.

Peratus (%) Kelulusan Dalam Setiap Matapelajaran:-

Bahasa Melayu (Pemahaman) 97.4%
Bahasa Melayu (Penuisan) 90.8%
Matematik 94.3%
Sains 92.6%
Bahasa Inggeris 94.3%

Gred purata sekolah turut meningkat iaitu 1.85 (tahun 2011) dan 1.82 (tahun 2012)

Jumlah murd mendapat 5A dalam UPSR tahun 2012 seramai 65 orang. 



Gambar penuh keputusan UPSR ada di muatkan dalam GELERI UPSR 2012.



Nov 10, 2012

KENALI WARGA SKKK1

"Menggemilangkan Akademik"

9 NOVEMBER, 2012

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...untuk makluman laman/link KENALI WARGA SKKK1 sedang giat dikemaskini oleh pihak admin. Walaubagaimanapun masih ada sebahagian kecil lagi gambar kakitangan SKKK1 yang belum dikemaskini  di ruangan tersebut. Oleh itu saya bagi pihak admin blogspot SKKK1 memohon maaf dan sebarang kesulitan amat dikesali. 

Sekian, Terima kasih.

 
 
 
 
 
 
 
 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.