GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Jul 29, 2012

ROMBONGAN MENGHANTAR PK PENDIDIKAN KHAS KE SK. SERI KETEREH

"Menggemilangkan Akademik"







AHAD 29 JULAI, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Serombongan Guru dan PPM kelas PPKI SKKK 1 yang diketuai oleh PK. Kokurikulum Tn. Hj. Mohd Hilmi b. Ismail telah membuat rombongan muhibbah ke SK. Seri Ketereh Kota Bharu sebagai tanda menghantar mantan PK Pendidikan Khas, SKKK 1 iaitu En. Nik Jailani b. Nik Mat yang memulakan tugas dengan rasminya sebagai PK Pendidikan Khas di SK. Seri Ketereh  bermula hari ini. Seluruh warga PPKI SKKK 1 khasnya dan warga sekolah amnya mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga bertambah bersemangat, dedikasi serta lebih cemerlang dalam menjalankan tugas-tugas sebagai PK Pendidikan Khas di SK. Seri Ketereh. 

Jul 26, 2012

PENYERAHAN TUGAS PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

"Menggemilangkan Akademik"






26 Julai 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1

Majlis penyerahan tugas Penolong Kanan Pendidikan Khas SKKK 1, En. Nik Jailani b. Nik Mat kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas SKKK 1 yang baru iaitu En. Che Azhar b. Che Ismail dari (SK. Bukit Jawa Pasir Putih) telah diadakan di bilik Guru Besar SKKK 1 dengan disaksikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum Tn. Hj. Mohamad Hilmi b. Ismail.

Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru buat En. Nik Jailani b. Nik Mat yang akan memulakan tugas juga sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di SK. Seri Ketereh pada hari Ahad ini 29 Julai, 2012. Selamat datang dan selamat bertugas di ucapkan kepada En. Che Azhar b. Che Ismail selaku Penolong Kanan Pendidikan Khas SKKK 1 yang baru. 

Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam taklimat ringkasnya berharap semoga kedua-dua Penolong Kanan Pendidikan Khas dapat menjalankan tugas dengan lebih bersemangat dan penuh dedikasi lagi.

Jul 16, 2012

TAHNIAH 31 MURID TAHUN 6 DAPAT 5A DALAM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

"Menggemilangkan Akademik"

AHAD 15 JULAI, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1


Tahniah dan syabas diucapkan kepada 31 orang murid tahun 6 SKKK 1 yang telah berjaya memperolehi kecemerlangan 5A dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 baru-baru ini. Majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada semua murid telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh di tapak perhimpunan pagi Ahad. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah berjaya mendapat 5A dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 dan berharap semoga kecemerlangan ini akan dapat dijadikan contoh tauladan serta pembakar semangat   kepada murid-mjurid lain untuk sama-sama berusaha mendapatkan kecemerlangan dalam UPSR yang tinggal hanya lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. Beliau menasihatkan semua murid agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh menjelang peperiksaan UPSR, sentiasa hadir ke kelas sama ada kelas tambahan petang atau malam dan  sentiasa menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. 

SELAMAT HARI JADI

"Menggemilangkan Akademik"

AHAD 15 JULAI, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1, KOTA BHARU




Seluruh warga SKKK 1 mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR, SEMOGA KEBAHAGIAN BERPANJANGAN kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah menyambut hari ulang tahun kelahiran pada bulan Jun. Majlis penyampaian cenderahati daripada Kelab Guru dan Kakitangan SKKK 1 telah disampaikan oleh Guru Besar SKKK 1 di medan perhimpunan pagi Ahad. 

PENYAMPAIAN SIJIL PENYELARAS TAHUN 1-6 SKKK 1

"Menggemilangkan Akademik"

AHAD 15 JULAI, 2012 - SK. KUBANG KERIAN 1




Majlis penyampaian Sijil Lantikan Penyelaras Tahun 1 - 6 telah disampaikan oleh Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh disaksikan oleh semua warga SKKK 1 semasa perhimpunan pagi Ahad. Tn. Guru Besar SKKK 1 mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah dilantik dan berharap semoga dengan perlantikan penyelaras setiap tahun (tahun 1 - 6) ini akan memudahkan segala urusan dan penyampaian maklumat akan dapat disalurkan dengan mudah, cepat dan tepat.

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.