GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 26, 2009

**SALAM 'IDUL ADHA BUAT SEMUA**

Selamat menyambut 'Idul Adha buat semua warga Skkk1 khususnya ,ibubapa serta warga guru walau di mana anda berada....

Nov 21, 2009

**UPSR 2009 CATAT KEJAYAAN CEMERLANG**

19 November 2009, terjawablah sudah segala penantian dan debaran dalam setiap sanubari calon-calon UPSR 2009 dan juga pada setiap dada tenaga pengajar Tahun 6 khususnya bila diumumkankan keputusan UPSR bagi sesi 2009 ini. Pengumuman dan peyampaian keputusan UPSR kali ini telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1 Pn. Hjh. Wan Rosnani Bt. Wan Hamat ,bagi pihak guru besar Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh yang pada ketika ini sedang menghadiri kursus di Kuala Terengganu.Seramai 47 calon telah mendapat keputusan cemerlang dengan memperolihi 5A,manakala 25 orang lagi memperolihi 4A.Tidak ketinggalan dalam majlis itu Pn.Hjh Wan Rosnani mengucapkan sekalung tahniah kepada mereka yang memperolihi keputusan cemerlang.Keputusan ini diumumkan dalam satu majlis khas.SKKK1 pada tahun ini menduduki ranking ke- 6 daripada 100 buah sekolah PPD Kota Bharu. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya daripada semua warga SKKK1.Tidak ketinggalan ucapan tahniah ini ditujukan khas buat barisan Kecemerlangan Akademik SKKK1 yang juga merupakan tenaga pengajar tahun 6 di atas segala jerih payah dan usaha mereka yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan usaha kalian……..
“TAHNIAH BUAT MEREKA YANG CEMERLANG DAN JANGAN PUTUS ASA BAGI MEREKA YANG KURANG BERJAYA”…….

Debaran di dada hanya Tuhan yang tahu...saat-saat menunggu keputusan diumumkan...

Tahniah...dapat 5A
 
Tahniah....sekolah kat mana pas ni??? 






**JAMUAN PERDANA AKHIR TAHUN**

16 November 2009 mulai jam 7.45 malam,perkarangan Dewan Muhamed Che Noh( MCN) sudah dipenuhi dengan guru-guru,kakitangan dan barisan PIBG SKKK1.Hadirnya seluruh warga SKKK1 ini adalah semata-mata untuk memeriahkan majlis "Jamuan Perdana SKKK1".Majlis ini diadakan dalam suasana yang penuh gilang gemilang.konsep majlis adalah ala-hotel di mana segala peralatan hotel dan makanan ditempah khas dari hotel.Majlis dimulakan dengan doa selamat,diikuti dengan ucapan Tuan Guru Besar.Para hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah yang istimewa sambil dihiburkan dengan nyanyian dari penyanyi SKKK1 yang tidak asing lagi,YM.Tengku norsilawaty Raja Hassan bersama pasangannya Saudara Noor Iman.Dalam majlis ini juga cabutan bertuah telah diadakan.Majlis berakhir hampir jam 11.00 malam dengan meninggalkan segala kenangan yang teramat indah.....

 Doa selamat dari ustaz Syakir ( JQAF )

Pn.PK1 sebagai penyambut tamu....kelihatan sedang menyambut kedatangan dif kehormat
 
Ucapan alu-aluan daripada Tuan guru Besar Skkk1
 
pemenang cabutan bertuah...tahniah!!! 
 
Dendangan istimewa daripada YM.Tg.Norsilawaty Raja Hassan...Dato' Siti nurhaliza SKKK1 



Nov 15, 2009

**LAWATAN PENANDA ARAS**

Pada 15 November 2009 Skkk1 telah menerima kunjungan daripada penolong-penolong kanan PPD Pasir Gudang.Lawatan ini merupakan suatu Lawatan Penanda Aras.Rombongan ini telah disambut dalam suasana yang ceria..Rombongan ini terdiri daripada  35 orang penolong -penolong kanan di Pasir Gudang, Johor.Ianya diketuai oleh En. Mohd samudin Johari PPD (R) Pasir Gudang.Turut sama dalam rombongan ialah Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan Rendah Johor Pasir gudang(M4DRJPG).Pengerusi  (M4DRJPG) Pn. Hjh Bedah bt. Bidin juga turut hadir.Fokus utama lawatan ini adalah kepada kelas pra sekolah dan unit ko-kurikulum di SKKK1.Sebagai wakil dari Jabatan Pelajaran kelantan, Hj Sudin Ismail, Penyelia Pelajaran Kanan , PPD KB turut sama dalam sesi lawatan ini.Rombongan ini telah diberi penerangan sepintas lalu mengenai prasekolah & ko-kurikulum yang telah disampaikan oleh GBSKKK1.Rombongan ini tidak melepaskan peluang untuk meninjau sekitar prasekolah,pendidikan khas,dan sekitar kawasan sekolah.Sebagai mengakhiri majlis,rombongan ini  telah mengambil peluang untuk  bergambar kenangan beramai-ramai

Tuan Guru Besar sedang memberi taklimat ringkas sepintas lalu mengenai Skkk1 kepada  rombongan Penolong-penolong kanan PPD Pasir Gudang
 
Rombongan sempat melawat prasekolah Skkk1 

Nov 11, 2009

**PESTA LARIAN JOGHATON**

 11 November 2009 merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh murid-murid SKKK1.Program Larian Jogathon Peringkat sekolah telah dilaksanakan dalam suasana penuh gilang-gemilang.Pada minggu lepas latihan larian telah diadakan.Pada hari ini larian sebebar telah berjaya dilaksanakan.seawal jam  7.30 pagi para peserta telah mula berhimpun di dewan MCN .Ianya disertai oleh murid-murid Tahun 3,4,5 dan 6.Para pemenang diberi hadiah dari tempat pertama hingga tempat ke-20.Selasai sahaja acara,mereka dihidangkan dengan minuman milo percuma daripada Syarikat Nestlee Msia.Bhd.Pihak pentadbir sekolah telah mengambil cuti peristiwa sempena larian johathon ini pada 12hb. November, 2009 bersamaan hari Khamis.Penolong kanan kokurikulum Tuan Hj.Hilmi melahirkan rasa gembira dan ucapan terima kasih serta tahniah kepada para peserta yang berjaya dan tak lupa juga tahiah kepada semua guru yang terlibat dalam larian ini.Tuan Guru Besar,Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh juga sempat merakamkan ucapan tahniah beliau kepada semua murid dan guru yang terlibat..."Sama-sama Martabatkan Kokurikulum dan Akademik SKKK1"

Para peserta sedang mendengar taklimat dan arahan daripada guru @ pengurus...
 
Begitu bersemangat sekali para peserta berlari 
 
meskipun letih...namun semangat kami tidak luntur.... 

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.