GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Aug 2, 2015

SELAMAT HARI JADI CIKGU

2 OGOS 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis sambutan hari jadi untuk guru-guru SKKK1 yang lahir pada bulan Ogos 2015 telah disambut dan diraikan secara ringkas dibilik guru pada hari ini.Majlis pasa hari ini dimulai dengan acara memotong kek oleh tuan guru besar dan diikuti dengan sedikit jamuan dibilik guru.Turut hadir dimajlis ini ialah isteri guru besar yang sempat meraikan sambutan harijadi  suami tersayang.Guru-guru yang menyambut harijadi pada bulan Ogos ini ialah: Cikgu Anis Nazura,Cikgu Zulkirnain,Cikgu Zulkifli Ibrahim, Cikgu Martinawati,Cikgu Tuan Kamariah dan Cikgu Ida Rosdilla.Semoga Cikgu semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....Selamat Menyambut hari Jadi.









SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

30 JULAI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

SK.Kubang Kerian 1 telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh meriah dan warna warni.Majlis dimulai dengan perhimpunan pagi yang di adakan secara ringkas dan di akhiri dengan pemberian duit raya kepada semua murid .Acara Pengagihan duit raya telah  di ketuai oleh Tuan Guru Besar dan diikuti oleh barisan Penolong Kanan Sk Kubang Kerian 1.Seterusnya Majlis Sambutan  Hari Raya dihiasai lagi dengan acara dewan iaitu persembahan lagu raya dari guru-guru dan murid-murid SK Kubang Kerian 1 di Anjung Bestari.Jamuan Hari Raya bermula tepat jam 10.30 pagi.Pelbagai juadah hari raya telah dihidangkan disetiap kelas.Murid-murid dan guru dapat menikmati juadah hari raya dengan penuh gembira dalam suasana hari raya.Mereka dapat berkumpul dan mengambil gambar bersama-sama sambil menikmati juadah yang dihidangkan.















Jul 28, 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN LENCANA 5A

27 JULAI , 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis Penyampaian Lencana 5A telah diadakan di Anjung Bestari tepat jam 8.30 pagi.Majlis ini telah dimulai dengan Ceramah Motivasi ringkas oleh Tuan Guru Besar .Beliau juga turut  menyempurnakan majlis tersebut.Pelajar yang berjaya mendapat 5A disematkan dengan lencana dan diberikan sejumlah wang saguhati.Ini bertujuan memberi semangat dan perangsang kepada murid murid lain untuk  berusaha lebih gigih lagi.Bilangan pelajar yang mendapat 5A adalah seperti berikut:
- Ujian 1 - 1 orang
- Ujian 2 - 5 orang
- Ujian 3 - 14 orang










Jul 9, 2015

MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA MURID TAHUN 6 2015

 9 JULAI, 2015 - SK KUBANG KERIAN 1

Majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 telah diadakan selama 3 hari pada minggu ini bermula hari Selasa hingga Khamis bertempat di Bilik Gerakan SKKK1. Perjumpaan tersebut telah melibatkan 2 sesi setiap hari bermula jam 8.30. Perjumpaan ini dipengerusikan oleh Guru Besar SKKK1 bersama semua guru matapelajaran setiap kelas. Perjumpaan yang diadakan pada kali ini adalah untuk membincangkan analisis keputusan ujian percubaan 1 dan program peningkatan prestasi murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR kurang lebih 2 bulan lagi.

Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk :-

  • Meningkatkan pencapaian yang lebih cemerlang dalam peperiksaan UPSR SKKK 1 2015
  • Mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa 
  • Memaklumkan dan meminta sokongan daripada ibu bapa mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah untuk murid-murid tahun 6 sepanjang tahun 2015
Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar SKKK 1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa yang hadir agar sama-sama berganding bahu dengan pihak sekolah bagi memastikan kejayaan anak masing-masing, dalam peperiksaan yang bakal diduduki akhir tahun ini. Katanya lagi, Kejayaan tidak mungkin dicapai tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan murid. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar kejayaan yang cemerlang akan diperolehi oleh semua murid yang belajar di SKKK1 ini.Insyallah. 

Di akhir ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga yang sudi meluangkan masa pada hari ini untuk sama-sama hadir ke majlis yang di adakan ini. Seterusnya terima kasih juga kepada semua guru serta kakitangan SKKK1 yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis pada hari ini. Susulan pertemuan serta perbincangan akan turut diadakan selepas ini sebelum menjelangnya peperiksaan UPSR hujung tahun nanti. Insyallah. 

 

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2015

Program Ihya Ramadhan 2015 anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam SKKK1 telah diadakan sepanjang bulan Ramadhan ini dengan melibatkan beberapa aktiviti. Antaranya bacaan Al-Quran bagi murid tahap 2 semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramdhan, ceramah Ramadhan, pertandingan mewarna dan melukis poster, pertandingan mencipta kad ucapan hari Raya Aidilfitri, pertandingan azan dan takbir raya. Semua aktiviti yang dijalankan telah melibatkan semua murid tahap 1 dan 2 SKKK1. Antara objektif utama aktiviti Ihya Ramadhan diadakan ialah :-
Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
  • Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan 
  • Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran 
  • Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW. 






Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan Menyemarakkan rasa cinta dan menjunjungntinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah SAW.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.