GURU-GURU SKKK1 2022
Feb 16, 2015
Feb 12, 2015
MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA MURID PPKI DENGAN GURU-GURU DAN PENTADBIR SKKK1
12 FEBRUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1
Majlis perjumpaan/mesyuarat ibu bapa penjaga murid-murid PPKI SKKK1 bersama guru-guru dan pentadbir sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 11 Februari 2015. YDP PIBG SKKK1, Tn. Hj. Yunus @ Halim b. Tahir, Penolong Kanan Pentadbiran, Tn Hj. Abd Razak b. Adahan dan Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Rozanita bt. Ismail turut hadir dalam majlis tersebut. Majlis telah dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas, En. Che Azhar b. Che Ismail.
MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT ICT 2014
12 FEBRUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1
Mesyuarat Jawatankuasa Unit ICT SKKK1 telah diadakan pada 10 Februari 2015 bertempat di Bilik Akses. Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh jawatankuasa untuk meningkatkan lagi perjalanan Unit ICT SKKK1. Antaranya:-
- Cadangan untuk mewujudkan keahlian bilik Akses
- Mengadakan kursus dalaman untuk menerangkan fungsi serta penggunaan Frog SKKK1 kepada semua guru-guru SKKK1
- Mencadangkan kursus penggunaan Frog SKKK1 kepada pengawas ICT sebagai permulaan dan contoh kepada murid-murid lain
- Mesyuarat ICT melibatkan semua guru kelas akan diadakan dalam masa terdekat
Feb 8, 2015
MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1 2015
8 FEBRUARI 2015 : SK KUBANG KERIAN 1
Majlis
perlantikan pemImpin kecil SKKK1 bagi sesi 2015 telah diadakan dengan jayanya
pada pagi ini bertempat di Tapak Perhimpunan SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh
SUPT Azli b. Md Noor Ketua Jabatan Ketenteraman Awan/Ketua Trafik Negeri
Kelantan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP PIBG Tn. Mohd Yunus@Halim
b. Tahir Dalam ucapan
ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohammad b. Che Noh, mengalu-alukan
kedatangan SUPT. Azli b. Md Noor serta rombongan ke sekoloh dan sekalung
penghargaan terima kasih diucapkan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin kecil SKKK1 yang dengan rasminya telah dilantik pada hari ini sebagai pemimpin kecil sekolah dan selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Semoga kecemerlangan yang ditunjukkan pada hari ini akan membakar semangat untuk terus mengukir kecemerlangan pada masa akan datang. Insyallah.
Feb 5, 2015
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAPM 2015
5 FEBRUARI 2015 - SK KUBANG KERIAN 1
Majlis penyampaian bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah diadakan pada petang ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh dalam ucapan ringkasnya menyeru semua ibu bapa yang hadir pada petang ini agar sama-sama bersyukur dan menggunakan sumbangan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia agar digunakan secara berhemat dan digunakan untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak.
Antara
bantuan yang diberikan oleh kerajaan untuk murid-murid sekolah ialah :-
- Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1 bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah Pembelajaran.
- Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari bermula jam 7.00 pagi
- Susu percuma - diberikan kepada semua murid yang menerima RMTS
- Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
- Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang belajar di SKKK1 pada awal tahun 2015 baru-baru ini
- Wang Ehsan dan E-Kasih
Beliau
juga menyeru kepada semua agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada
kerajaan Malaysia di atas segala bantuan serta kemudahan yang diberikan kepada
semua, khasnya dalam bidang pendidikan dari semasa ke semasa.
Antara bantuan yang
diberikan oleh kerajaan untuk murid-murid sekolah ialah :-
Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1
bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah
Pembelajaran.
Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada 196
orang murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari
bermula jam 7.00 pagi
Susu percuma - diberikan kepada 196 orang murid yang menerima RMTS
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang
belajar di SKKK1 pada awal tahun 2013 baru-baru ini
Wang Ehsan kepada 204 orang murid
E-Kasih akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 32 orang murid
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Antara bantuan yang
diberikan oleh kerajaan untuk murid-murid sekolah ialah :-
Skim Pinjaman Buku Teks - bermanafaat kepada semua murid SKKK1
bermula tahun 1-6 termasuk Program Pendidikan Khas, Integrasi Masalah
Pembelajaran.
Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) - manafaat kepada 196
orang murid yang terpilih, makan sarapan pagi percuma setiap hari
bermula jam 7.00 pagi
Susu percuma - diberikan kepada 196 orang murid yang menerima RMTS
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Bantuan Awal Persekolahan RM 100 - manafaat kepada semua murid yang
belajar di SKKK1 pada awal tahun 2013 baru-baru ini
Wang Ehsan kepada 204 orang murid
E-Kasih akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 32 orang murid
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.
SK KUBANG KERIAN 1.
PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN
Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.















