GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Oct 12, 2010

::Kursus kepimpinan Briged Bestari::

 Kursus kepimpinan Briged Bestari akan diadakan pada 13 Oktober 2010 bertempat di Makmal Komputer Skkk1.semua Briged Bestri dikehendaki mendaftar kehadiran bermula jam 7.15 hgga 7.45 pagi.
Anda bolehlah merujuk jadual di bawah:
klik:

"Menggemilangkan Akademik"

Oct 8, 2010

::Sambutan Hari Raya Aidil Pendidikan Khas::

 Tanggal 7 Oktober  2010 -Sambtan hari Raya Aidil Fitri bagi Aliran Pendidikan Khas Skkk1 atau lebih dikenali dengan  Rumah terbuka Aidilfitri Pendidikan Khas Integrasi SKKK 1, telah  diadakan dengan begitu ceria dan meriah,meskipun ianya agak  sederhana .Para hadirin adalah terdiri daripada  ibubapa murid pendidikan khas serta sekolah pendidikan khas yang berhampiran.Mereka dijemput khas demi  memeriahkan majlis yang diraikan pada hari ini.Para tetamu khas adalah terdiri daripada  beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Tn. Hj. Nasharuddin b. Talib hadir merasmikan majlis tersebut dengan diiringi oleh Ketua Unit Pendidikan Khas En. Che Daud b. Harun dan En. Mohd Noor b. Maun salah seorang pegawai dari Unit Pendidikan Khas JPN Kelantan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustz. Mohd Ridzuan b. Mohamed ,diikuti dengan  bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh tetamu jemputan Adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin, murid Penddikan Khas Penglihatan SK. Kg. Sireh Kota Bharu, nyanyian lagu-lagu nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan dari Kelas Integrasi Pendidikan Khas SMK. Tanjung Mas Kota Bharu, persembahan tarian daripada murid-murid Pendidikan Khas Pendengaran SK. Tengku Indra Petra Kota Bharu dan seterusnya persembahan nyanyian solo oleh adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin. Majlis yang diadakan pada hari ini bukan sahaja melibat warga pendidikan khas malah turut disertai oleh seluruh warga SKKK 1. Para tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai hidangan yang ditempah dan sebahagiannya disumbangkan oleh para ibubapa serta dermawan orang perseorangan. Kelihatan anak-anak pendidikan khas gembira dan ceria sekali sepanjang majlis berlangsung. Penglibatan yang amat menggalakkan dari pihak ibubapa murid-murid pendidikan khas merealisasikan objektif majlis untuk merapatkan hubungan antara ibubapa, guru-guru dan pihak sekolah. 
       Sehubungan dengan itu sekalung ucapan terima kasih ditujukan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pada hari ini terutama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, pentadbir SKKK1, guru-guru SKKK1, para jemputan persembahan SMK. Tanjung Mas, SK Kg. Sireh, Sk. Tengku Indra Petra serta mereka yang hadir pada hari ini yang tidak tersebut namanya. Apa yang kurang sepanjang majlis diadakan adalah diatas kelemahan kami dan apa yang baik itu tentunya datang dari yang maha pencipta. Insyaallah jika dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia jumpa lagi ditahun hadapan.

"Menggemilangkan Akademik"
Bersedia di hadapan juadah...
Terima kasih...duit raya ni simpan baik-baik tau!!!
Bacaan al quran drp Adik Mohd Qayyim Nizar b. Syarimin, murid Penddikan Khas Penglihatan SK. Kg. Sireh Kota Bharu
Persembahan nasyid daripada Kumpulan nasyid Pen.Khas SMK Tanjung Mas,Kota Bharu.
Persembahan tarian drp murid-murid Pen.Khas Masalah pendengaran,Sk.Indra Putra,Kota Bharu.
Terima kasih...datang lagi tau!!!

Oct 4, 2010

::Skkk1 Juara Karnival Futsal Terbuka::


Tanggal 3 Oktober 2010-SKKK1 muncul johan Karnival Futsal Terbuka USMKK Anjuran Kelab Rekreasi Universiti dan Kebajikan Sosial bagi kategori Sekolah Rendah.dengan kejohanan ini membolehkan para pemain membawa pulang medal dan wang tunai berjumlah RM200 setelah menewaskan pasukan Sharmi Sport B pada perlawanan akhir dengan jaringan 2-1.
      Perlawanan di  peringkat kumpulan pula, yang dibimbing oleh  En. Izani b. Mahmood dan En. Muhd Ruiz b. Ahmed telah berjaya menewaskan sk. Seri Chempaka 2-0, menewaskan N10 Kid 3-2 dan tewas kepada Sharmi Sport B 2-3.
Pada peringkat separuh akhir SKKK1 menewaskan Akademi Bunut Payong 3-0, manakala Sharmi Sport B menewaskan sk.Sultan Ismail 4 pada separuh akhir satu lagi dengan jaringan 2-0 melalui sepakan penalti setelah seri 1-1.
        Menurut Pengurus pasukan En. YM Tuan Mohd Zani b. Tuan Soh para pasukan SKKK1 telah serasi bermain bersama sebagai satu pasukan kerana pasukan ini dibentuk sejak dari usia 10 tahun lagi iaitu ketika di tahun 4.


"Menggemilangkan Akademik"

Oct 1, 2010

::Penangguhan Kursus Briged Bestari::

Perhatian kepada semua Briged Bestari Skkk1:
Kursus Kepimpinan dan Asas komputer yang dijadualkan pada 02 oktober 2010 ,adalah ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan nanti.Penangguhan ini adalah disebabkan oleh beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.Segala kesulitan adalah sangat dikesali dan pihak pengurusan memohon jutaan kemaafan.Harap maklum....

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.