Alhamdulillah berakhir sudah perjalanan Pasukan Ragbi Negeri Kelantan di Kejohanan Ragbi MSSM 2022 yang berlangsung di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail ( SSTMI ) dari 4-6 September 2022.
Pasukan Ragbi bawah 12 tahun
berjaya mendapat Johan Bowl dalam kejohanan tersebut manakala Pasukan Bawah 18
tahun menduduki tempat 4 CUP kali ini.
Tahniah diucapkan kepada 2 orang
pemain U12 dan Jurulatih dari SK Kubang Kerian 1 kerana telah bermain dengan
penuh kesungguhan dan membantu Pasukan Ragbi Kelantan mencapai kejayaan
tersebut.
Mereka adalah :
1. Mohd Haziq Mukhlis Zuraidi (
SK Kubang Kerian 1)
2. Mohd Putra Firas Mohd Sani (
Skkk1)
3. Yusri Mohamed Yusoff
(jurulatih) Skkk1
Terima kasih juga diucapkan
kepada guru pembimbing yang bertanggungjawab mencungkil bakat murid di sekolah
masing², ibubapa yang memberikan komitmen demi kecemerlangan anak² dan tidak
lupa kepada para penyumbang yang ikhlas membantu anak² Skkk1 ini..
InsyaAllah kita akan berusaha
lebih gigih untuk kecemerlangan sukan ragbi di Kelantan selepas ini.
No comments:
Post a Comment