Kem Bestari Solat Fasa 2 untuk murid tahun 1 hingga 5 telah
diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat baru-baru ini. Aktiviti seumpama ini merupakan salah
satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sesi 2005 lagi.
Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat
dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.
Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali
yang diketengahkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah bermula tahun satu.
Objektif Kem Bestari Solat adalah seperti berikut :
1. Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang
betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah
ditetapkan.
3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat
yang sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.
4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat
dalam kehidupan seharian. Matlamat Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi
memastikan semua pelajar mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat
dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun,
ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.
No comments:
Post a Comment