MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN
Tarikh : 20 MEI, 2018
Masa: 7.45 pagi
Tempat : Anjung MCN
Perasmian dan Pelancaran oleh : Tn Hj Mohamed bin Che Noh (Guru Besar SKKK1)
Anjuran Bersama : Panitia Pendidikan Islam & Unit Dakwah Sekolah
Program
Ihya' Ramadhan merupakan aktiviti yang disusun khas sepanjang bulan
Ramadhan setiap tahun di bawah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pada
pagi ini telah diadakan majlis perasmian dan pelancaran program Ihya
Ramadhan untuk tahun 2018. Dalam majlis yang sama juga turut diadakan
majlis pelancaran tabung masih ada yang sayang. Tabung ini diwujudkan
adalah untuk memunggut sumbangan derma daripada seluruh warga SKKK1
untuk agihan kepada anak-anak yatim murid miskin di akhir bulan Ramadhan
nanti.
Majlis
perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj.
Mohamed bin Che Noh. Dalam ucapan ringkas beliau mengucapkan tahniah dan
terima kasih kepada seluruh warga SKKK1 amnya dan Panitia Pendidikan
Agama Islam Khasnya kerana telah bekerjasama menganjurkan program pada
pagi ini. Tanpa kerjasama dari semua pihak, tidak mungkin majlis
seumpama ini dapat dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.
Matlamat
utama program Ihya' Ramadhan diadakan sepanjang bulan Ramadhan setiap
tahun adalah untuk menjana dan menyelaras program pembangunan modal
insan di semua sekolah agar oenghayatan Ramadhan dapat meningkatkan
keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita
melahirkan generasi khaira ummah tercapai.
Antara aktiviti keagamaan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan ialah :-
- Tadarus Al-Quran murid Tahap 2
- Pertandingan mewarna Tahap 1
- Tabung masih ada yang sayang
- Kuiz Tahap 2
- Pertandingan membuat buku skrap murid tahun 6
- Edaran risalah dan buletin Ramadhan
- Tazkirah Ramadhan.
No comments:
Post a Comment