PROGRAM : KEM JAWI SIRI 1/2018
TARIKH : 13 APRIL, 2018
TEMPAT : SK KUBANG KERIAN 1
Kem Cemerlang Jawi untuk murid-murid tahap 1 dan 2 SKKK1 telah diadakan pada 13 April, 2018 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Matlamat Kem Cemerlang Jawi SKKK1 adalah untuk mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah.
Pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam
pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF
mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) diharapkan agar mampu memperkasakan
Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kem
Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh
murid-murid yang lemah dalam penguasaan jawi. Ia perlu diajar dengan
menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai
kemahiran mengenal, membaca dan menulis jawi dengan sempurna.
OBJEKTIF
Semua murid Islam sekolah rendah yang mengikuti Kem
Cemerlang Jawi akan dapat:
i. Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan
bersambung.
ii. Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata
tertutup.
iii. Membaca dan menulis ayat pendek mengikut kaedah yang
betul.
No comments:
Post a Comment