Minggu Bahasa Melayu dan Minggu Keusahawanan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah diadakan bermula 1 Ogos, 2017 - 7 Ogos, 2017. Pelbagai makanan telah dijual antaranya kuih tradisional onde-onde, pelbagai buah potong dan aiskrim. Semua murid tahap 2 terlibat dengan program ini.
Matlamat
- Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.
- Menyampaikan mesej hubungan sesama manusia dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral untuk melahirkan generasi yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
- Menyedarkan dan menginsafi murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.
Objektif
- Memupuk minat berniaga di kalangan para murid
- Membantu setiap unit persatuan mendapat dana untuk mengerakkan aktiviti
- Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid
- Memupuk pemikiran yang kreatif di kalangan murid
No comments:
Post a Comment