30 JULAI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
Tahniah
diucapkan kepada murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah
Pembelajaran SKKK1 kerana telah menyertai perbarisan dan menyertai pertandingan sukaneka di Karnival Orang Kelainan Upaya bertempat di Yayasan Orang
Kurang Upaya (YOKUK) pada hari Sabtu, 29 Julai 2017. Karnival YOKUK merupakan aktiviti wajib setiap tahun dan setiap tahun juga murid-murid PPKI SKKK1 turut menyertai semua aktiviti yang diadakan sepanjang karnival tersebut. Murid-murid PPKI SKKK1 juga turut menyertai
beberapa pertandingan sukaneka seperti meniup dan memecahkan belon, membawa bola dengan gelung rotan, memasukkan air dalam botol menggunakan span dan beberapa acara lagi. Seluruh warga sekolah mengucapkan
tahniah kepada semua murid yang mengambil bahagian diatas keberanian
mereka menyertai aktiviti tersebut. Seterusnya warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa bersama-sama menyertai aktiviti dalam karnival tersebut dari awal pagi. Insyallah panjang umur, berjumpa lagi tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment