GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Nov 18, 2016

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2016

18 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1













Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara handson dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.


Sehubungan dengan itu perkhemahan semua badan Unit Beruniform (Pengakap, PBSM, TKRS, Tunas Puteri dan Puteri Islam) di bawah anjuran Unit Kokurikulum SKKK1 telah diadakan bermula 17 November, 2016 hingga 19 November 2016. Pelbagai aktiviti dan pertandingan antara Unit Beruniform telah dirancang dan dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun cuaca kurang baik sepanjang perkhemahan berlansung. Antaranya pertandingan kawad kaki, pertandingan malam kebudayaan (drama dan nyanyian), pertandingan hiasan dan kekemasan khemah serta kebersihan tapak perkhemahan dan ceramah mengikut unit kasing-masing juga turut diadakan. Semua peserta perkhemahan juga turut menyertai  solat Tahajjud pada malam Jumaat dan makan malam bersama pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah Kota Bharu (PPD KB) serta pentadbir sekolah dan Ketua Unit Beruniform pada malam kedua.

Objektif Perkhemahan:-
  • Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan
  • Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain
  • Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
  • Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semulajadi yang kondusif.
  • Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.