Majlis pelancaran tabung pembinaan Musolla Al-Fateh dan kempen 10 untuk warga SKKK1 telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh pada pagi ini bertempat di Anjung MCN.
Ringkasan Projek Musolla Al-Fateh
Tapak Musolla :Antara blok Tahap 2 dan Pendidikan Khas
Keluasan Lantai : 50 x 50 kaki persegi
Jangka Masa Projek : 19 bulan (Mei 2015 - Disember, 2016)
Kapasiti Jemaah : 300 jemaah dewasa pada satu-satu masa
Kos Pembinaan : RM300 000.00
Tarikh Pecah Tanah : 3 Mei, 2015
Sumber Dana : Sumbangan Individu, syarikat dan lain-lain
Kemudahan : Bilik mandi dan tempat wuduk berbumbung dan mesra wanita, bilik iman, mini maktabah, kelengkapan PA sistem dan ICT.
Kempen 10 sen sehari
Konsep : Kempen 10 sen sehari adalah simbolik kepada kelangsunan Tabung Musolla Al-Fateh. Sasaran kempen ini adalah bagi mengumpul dana awal bagi projek pembinaan musolla sebanyak RM 5000. Meskipun jumlahnya kecil, tetapi diharapkan membutirkan barakah dalam diri penderma kerana istiqamah dalam membuat kebajikan. Disamping itu juga, kita ingin melihat satu bentuk kerjasama di kalangan warga SKKK1 untuk merealisasikan pembinaan Musolla al-Fateh hasil 'titik peluh' bersama di peringkat awalnya. Insyallah.
Sasaran : Kutipan harian sebanyak RM 200 sehari. Guru-guru dan kakitangan menyumbang RM1 seorang dan murid-murid 10 sen. Ini bermakna, dalam seminggu, dana terkumpul adalah sebanyak RM 1000, dalam masa lima minggu, sasaran RM 5000 akan tercapai.
Jangka Masa Kempen : Peringkat percubaan selama 5 minggu bermula 8 Mac hingga 11 April, 2015.
Masa Kutipan : Tabung bergerak akan diaktifkan selepas jam 11 pagi bagi memastikan duit yang didermakan murid adalah lebihan perbelanjaan harian mereka.
Lokasi Tabung : Tabung statik akan diletakkan di dinding bersebelahan telefon awam.
Tabung bergerak akan diwujudkan bagi memudahkan proses menderma.
No comments:
Post a Comment