KOTA BHARU - Satu sejarah tercipta di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang
Kerian 1 apabila menerima tiga pasangan kembar mendaftar di darjah satu
pada hari pertama sesi persekolahan 2015, semalam.
Lebih menarik, kesemua lapan daripada mereka adalah kembar seiras dan salah satu pasangan pula kembar tiga.
Ibu kepada kembar tiga, Che Ku Fazilah Che Ku Abdullah, 35 yang bertugas sebagai Juru X-Ray Hospital Universiti Sains Malaysia berkata, ketiga-tiga anak kembar perempuannya memeriahkan suasana seawal pagi di rumah.
“Mereka bangun pagi seawal 6 pagi dan seronok memakai seragam sekolah, malah saya sendiri terasa lucu mengingatkan mereka tidur lewat malam tadi kerana terlalu teruja untuk datang ke sekolah pagi ini (semalam)" katanya kepada pemberita, semalam.
Tiga kembar berkenaan, Wan Alya Syafiyah Wan Mohd Nor Azmi, 7, Wan Nisa Imana dan Wan Syasya Nasuha juga kelihatan gembira semasa dihantar bapa mereka, Wan Mohd Nor Azmi Wan Abdullah, 35, seorang pelukis pelan.
Berlainan pula bagi kembar, Asyraf Danial Zaidi, 7, dan adiknya Asyraf Danish Zaidi yang pandai berdikari dan gelagat mereka menjadi perhatian kerana berbadan agak gempal. Kedua-dua mereka sekelas dengan pasangan kembar satu lagi, Muhammad Hakimi Mohamed, 7 dan Muhammad Hakim yang ditempatkan di kelas 1 Cerdas dan pasangan kembar tiga perempuan ditempatkan di kelas 1 Cekap.

No comments:
Post a Comment