Taklimat dan sesi penerangan khas daripada wakil kakitangan Bank Simpanan Nasional Negeri Kelantan (menabung bersama BSN) telah diadakan pada pagi ini kepada semua murid SKKK1 Tahun 1 hingga Tahun 6 sebagai galakan menabung dan menyimpan di BSN. Aktiviti ini juga adalah sebahagian daripada aktiviti dalam program SCHOOL CARNIVAL 2014 yang akan diadakan di SKKK1 bersama BSN pada 16 Ogos, 2014.
Sehubungan dengan itu kakitangan BSN akan hadir ke sekolah pada 5 Ogos, 2014 untuk sesi membuka akaun baru dan menyimpan bagi warga SKKK1. Mana-mana murid atau warga sekolah yang berminat boleh ingin berbuat demikian pada 5 Ogos, 2014.
"Menabung Adalah Amalan Mulia....ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis...sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".
"Menabung Adalah Amalan Mulia....ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis...sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".
No comments:
Post a Comment