Majlis perjumpaan ibu bapa murid tahun 6 bersama guru-guru dan pentadbir sekolah telah diadakan pada hari ini bertempat di bilik gerakan SKKK1. Perjumpaan pada hari ini melibat ibu bapa bagi murid-murid tahun 6 yang berada di kelas 6 Cakna dan 6 Cemerlang sahaja. Perjumpaan bersama ibu bapa murid-murid yang berada di kelas lain akan diadakan pada hari lain dalam masa terdekat. Dalam perjumpaan tersebut, Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada pihak sekolah.
Dalam perjumpaan ini juga, guru besar mengajak semua
ibu bapa yang hadir pada hari ini supaya sama-sama berganding bahu
dengan pihak sekolah untuk membimbing dan mengawal pergerakan anak-anak
menjelang peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi. Guru-guru di
sekolah akan sentiasa memberi bimbingan secara individu atau kumpulan
untuk membimbing murid-murid yang lemah, manakala ibu bapa dirumah pula
diminta untuk memastikan anak-anak membuat tugasan/kerja/latihan yang
diberikan oleh guru. Semoga usaha yang bersungguh-sungguh ini akan
membuahkan kejayaan yang cemerlang dalam keputusan UPSR nanti.
Insyallah.
No comments:
Post a Comment