10 April, 2014 :SK KUBANG KERIAN 1
Kayuhan
emas dan perkhemahan Unit Beruniform SKKK1 bagi tahun 2014 diadakan
pada hari ini 10 April, 2014 hingga Sabtu 12 April 2014 bertempat di Tapak Perkhemahan Gelora Beach Resort Kubang
Golok Bachok. Seramai lebih kurang 200 orang peserta dari 5 pasukan
beruniform telah menyertai perkhemahan ini. Aktiviti perkhemahan unit
beruniform ini diadakan bersama-sama dengan aktiviti Kayuhan Emas. Murid
yang menyertai kayuhan emas berbasikal sejauh lebih kurang 22 KM
bermula dari sekolah ke tapak perkhemahan. Peserta kayuhan emas telah
dilepaskan dengan rasminya oleh YDP PIBG Tn. Hj. Mohd Yunus @ Ab. Halim
b. Tahir. Dalam perjalanan ke tapak perkhemahan peserta kayuhan emas
berhenti rehat menghilangkan dahaga di dua buah sekolah yang telah
bermurah hati menyumbangkan minuman kepada semua peserta.
Singgah sebentar di SK Beris Panchor (Destinasi 2)
Selamat sampai di Tapak Perkhemahan Gelora Beach Resort Bachok
Berehat sebentar hilangkan dahaga di SK Panji Kota Bharu (Destinasi 2)
Perasmian aktiviti Kayuhan Eamas dan Perkhemahan Tahun SKKK1
dan senaman kecergasan sebelum bertolak
Sehubungan itu Guru Besar SKKK1, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh mengucapkan tahniah kepada semua murid yang menyertai aktiviti ini, terima kasih kepada semua guru dan warga SKKK1 yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini. Tidak dilupakan kepada Guru Besar dan seluruh warga SK Panji(destinasi 1) dan SK Beris Panchor (destinasi 2) kerana telah bermurah hati menerima kunjungan peserta kayuhan emas SKKK1 dan seterusnya menyumbangkan minuman kepada semua peserta. Insyallah panjang umur aktiviti seperti ini akan diadakan sebagai aktiviti rutin tahunan SKKK1.
No comments:
Post a Comment