Salam 1 Malaysia buat semua para tamu yang sudi berkunjung ke Laman SKKK 1 di layar IT. Semoga kita semua sentiasa dalam kerahmatan dan keberkatan hendaknya. Khairul Fahmi Che Mat merupakan nama yang tidak asing dalam arena bola sepak Malaysia masa kini dalam menjaga gawang gol Kelantan dan Malaysia khususnya. Beliau merupakan seorang anak jati Kelantan yang berasal dari Kampung Cherang Kota Bharu dan menuntut di SK Tapang pada masa itu.Beliau mula mendapat didikan awal dalam arena bola sepak semasa usianya 12 tahun sehingga mewakili Kelantan dan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Bandar Penawar Johor. Bakat beliau mula dikesan oleh gurunya iaitu Cikgu Zuki yang ketika itu mengajar di SK. Tapang dan kini bertugas di SK. Kubang Kerian 1, Kota Bharu. Disitulah beliau mendapat tunjuk ajar dari Cikgu Zuki tentang bermain bola sepak dengan cara yang betul.
Menurut Khairul Fahmi hubungan beliau dengan gurunya masih lagi rapat hingga kini meskipun beliau telah lama meninggalkan alam persekolahan. Berkat sokongan dan dorongan guru serta keluarga, Khairul Fahmi kini terkenal baik di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia. Budi baik, bimbingan, sokongan dan tunjuk ajar dari guru serta keluarganya sememangnya kekal dihati .......... sesuai dengan bait-bait terakhir pantun "Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga"

No comments:
Post a Comment