Sk.Kubang kerian 1- 03 Januari 2011,merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2011.Begiitu teruja melihatkan gelagak murid yang datang ke sekolah dengan pelbagai ragam,terutamanya murid-murid Tahun1,prasekolah,pra integrasi,pendidikan khas.Ada yang menangis,ada yang masih tak mahu melepaskan pegangan tangan dengan ibubapa,dan tak kurang juga yang berpelukan dengan para ibubapa.Bagi murid-murid yang baru menjejakkan kaki k alam persekolahan,senerio sebegini sudah menjadi lumrah.Di sana-sini kelihatan ibubapa murid-murid cilik ini menemani anak-anak mereka.pihak pengurusan terpaksa membenarkan para ibubapa berada di kawasan sekolah dan berada berdekatan dengan kelas-kelas murid-murid cilik ini memandangkan masih ada yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran baru di sini.
Bagi murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 pula,hari pertama di sekolah merupakan smangat baru bagi mereka.kebanyakannya dalam keadaan yang cergas,ceria dan gembira,ditambah pula dengan uniform sekolah yang serba baru.Puan PKP,PK HEm merupakan personal yang paling sibuk menjelang sesi awal persekolahan ini.Apapun semuanya kami lalui dengan penuh kegembiraan...Semoga anak-anak didik kami bakal lahir sebagai insan yang cemerlang dan berminda kelas pertama.....
 |
suasana di kelas pendidikan khas...aktiviti di kantin... | | |
|
 |
suasana di tahun Satu......sukar berpisah dari keluarga!!!! |
|
 |
Seorang ibu sedang cuba mententeramkan anakanya ....... | | |
|
 |
guru pra sedang mententeramkan salah seorang muridnya...dengan penuh sabar!!! |
|
 |
Puan PKP bersama murid-murid prasekolah... |
"Menggemilangkan Akademik"
No comments:
Post a Comment