GURU-GURU SKKK1 2022

GURU-GURU SKKK1 2022

Mar 18, 2010

::Pengisian Ke Arah Pembudayaan ICT di Sekolah::

"Menggemilangkan Akademik"..."Membudayakan ICT"...
       Dalam era globalisasi tanpa sempadan ini,warga guru tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut seruan ledakan teknologi maklumat.mengharungi dunia tanpa sempadan memerlukan para guru meningkatkan penguasaan Ict.Di kesempatan cuti ini,kami para Guru Penyelaras Bestari sekitar kota Bharu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu atau lebih kami kenali dengan Kolaborasi GPB.
       Perkongsian Ilmu GPB/GPICT kali ke 2 ini telah diadakan di Makmal Komputer SKKK2 dengan jayanya pada 17 Mac 2010. Setiap peserta yang hadir telah mencurahkan ilmu ICT dengan berkongsi-kongsi ilmu dengan peserta-peserta lainnya. Banyak pengetahuan baru telah diperolehi terutamanya penggunaan aplikasi ZOHO oleh Cikgu Zuhari B.Mohamed dan Adobe Photoshop oleh Cikgu Wan Ramlah Bt.Daud .Tidak ketinggalan juga kami menerima sumbangan ilmu daripada blogger glamour, Muharowang, Sk.Beris Panchor, Shakh Khairi dari Padang Mokan, Cikgu Zaidi Abdullah dari SK Kbg Kerian 3, Cikgu Tengku Norsilawaty dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini.Kami juga turut membincangkan tentang pengisian Projek Naik Taraf LAN yang sedang dilakukan di sekolah-sekolah yang mempunyai Pusat Akses.
      Majlis ilmu ini diadakan secara cukup santai dan peserta mengikutinya pun dengan penuh relaks .Walaupun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dapat menyediakan badget makan minum peserta,namun berkat kerjasama yang padu daripada Guru Penyelaras Bestari,majlis ini terus berjalan dalam suasana yang cukup harmoni dan jelas mambayangkan betapa tingginya komitmen yang ditunjukkan oleh mereka dalam perkongsian ilmu ini.
     Perkongsian Ilmu GPB/GPICT Siri ke 2 yang diadakan ini adalah lanjutan daripada siri perkongsian pertama yang telah berlangsung di Sk.kubang Kerian 1 pada bulan Oktober 2009 lepas. Perkongsian Ilmu GPB/GPICT untuk siri-siri seterusnya akan diadakan pula di sekolah-sekolah lain mengikut permintaan ahli-ahli.Semoga perkongsian ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.harapan kami para GPB semoga dunia pendidikan akan terus diwarnai dengan elemen-elemen ICT yang akan menceriakan dan mempertingkatkan proses P&P dalam merealisasikan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
Muharowang sedang menerangkan sesutu berkaitan dengan blog...

Sesi perkongsian ilmu antara Guru Penyelaras Bestari sekitar Kota Bharu...
                                                     Para peserta sedang tekun mengemaskini blog masing-masing......

No comments:

PENAFIAN

SK Kubang Kerian 1 TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas apa-apa kerugian atau kehilangan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman ini. Sekian, harap maklum. Terima kasih.
SK KUBANG KERIAN 1.

PERINGATAN UNTUK BAHAN SALINAN

Semua bahan dan maklumat dalam laman blog ini tidak dibenarkan menyalin atau diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, atau pun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dalam sebarang cara tanpa izin terlebih dahulu daripada admin http://skkubangkerian1.blogspot.com kecuali telah dinyatakan untuk dikongsi bersama.Sekian terima kasih.