"Selamatkan Hartabenda Sekolah Tanggungjawab Kita Bersama"Itulah slogan yang selalu dipraktikakan di Skkk1.Seperti biasa menjelangnya musim tengkujuh,terutamanya masuknya bulan Disember maka bilik-ilik khas akan diperkemaskan lagi dari segi penyusunan barang-barang yang berharga.Hari ini tanggal 2 Dis 2009,semua guru yang ditugaskan menjga bilik-bilik khas seperti makmal komputer,pusat akses,makmal sains,buku teks,prasekolah,praintegrasi dan Pendidikan Khas telah bertungkus lumus untuk menyusun semula barangan di bawah jagaan mereka buat kali kedua.penyimpanan pertama sebenarnya telah dibuat sebelum cuti penggal bermula.memandangkan limpahan air yang agak membimbangkan di persekitaran sekolah,maka Tuan Guru Besar dan Puan PKP telah mengambil langkah yang drastik untuk memanggil semua guru yang bertugas di bilik-bilik khas untuk membuat penyusunan semula barang-barabg yang berharga.Di makmal komputer,semua CPU telah diangkat ke atas meja untuk mengelakkan daripada ditenggelami oleh air.Penyelaras ICT bersama juruteknik,dibantu oleh murid-murid yang kebetulan baru selesai sesi
"Golden Holiday" sama-sama bergotong-royong untuk menyelamatkan harta benda sekolah.Suasana gotong-royong bertambah ceria dengan kehadiran para pelajar yang sememangnya tidak pernah kenal erti kesedihan ini......Sempat juga mereka mengharungi air banjir di sebelah makmal komputer,prasekolah dan juga pendidikan khas yang airnya agak dalam.Mereka mengharungi banjir dalam keadaan yang terkawal.....
Murid-murid Tahun 4 sedang menolong guru penyelaras ict dan juruteknik mengangkat cpu ke atas meja .
Di hadapan praintegrasi Skkk1
Di bangunan tahun 1 yang berhampiran dengan Makmal Komputer Skkk1
Di hadapan prasekolah
Suasana di hadapan bangunan utama
No comments:
Post a Comment