Majlis
SAMBUTAN HARI LAHIR murid-murid PPKI bagi kelahiran Julai - Disember dan jamuan akhir tahun persekolahan tahun 2016 Program Pendidikan Khas
Integrasi telah diadakan dengan jaya dan meriahnya pada
hari ini 10 November, 2016. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Hj Abd Razak bin Adahan, Penolong Kanan Pentadbiran SKKK1. Dalam ucapan ringkasnya beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi
menjemput beliau dalam majlis yang penuh meriah ini. Sebagai meraikan murid-murid yang dirai pada hari ini beliau
memotong kek bersama murid-murid sebagai
simbolik sambutan hari lahir murid PPKI. Sehubungan dengan itu pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid PPKI yang sudi menyumbangkan pelbagai juadah hidangan untuk memeriahkan lagi majlis sambutan pada hari ini. Insyallah
panjang umur jumpa lagi di tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment