Pages

Nov 7, 2016

JAMUAN AKHIR TAHUN BADAN PEMIMPIN KECIL SKKK1

7 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1












 Muhammad Na'im bin Nor Azam dan Nur Syifaa' Nadiah binti Mohd Mazdi
Ketua dan Penolong Ketua Pengawas SKKK1 Tahun 2017




Jamuan Badan Pemimpin Kecil SKKK1 - Terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah SKKK 1, Pengawas Pusat Sumber SKKK 1, Pengawas ICT SKKK 1, Pengawas Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran (PPKI) dan Pengawas Buku Teks SKKK 1 telah diadakan dengan meriahnya pada jam 1.30 tengahari bertempat di Bangunan Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu Kelantan. Turut hadir dalam jamuan tersebut ialah Guru Besar SKKK 1, semua Penolong Kanan SKKK 1 serta guru-guru penasihat yang terlibat. Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan daripada murid-murid dan sesi bergambar semua pengawas yang terlibat bersama pentadbir sekolah. Dalam majlis tersebut juga turut di umumkan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas SKKK1 untuk tahun 2017, iaitu Muhammad Na'im bin Nor Azam dan Nur Syifaa' Nadiah binti Mohd Mazdi. Tn Guru Besar SKKK 1 turut menyampaikan pemberian cenderahati kepada semua pengawas yang hadir pada hari ini sebagai penghargaan sumbangan mereka sepanjang persekolahan 2016.  Majlis tamat jam 3.00 petang.



 

No comments:

Post a Comment