Pages

Aug 12, 2015

RIANG RIA REUNION RAYA EX SMK KUBANG KERIAN SPM 1982


Majlis riang ria reunion raya bekas pelajar SMK Kubang Kerian SPM 1982 telah diadakan pada 2 Ogos 2015 yang lepas.Majlis ini telah diadakan bertempat di SK Kubang Kerian 1.Program ini telah mendapat sambutan ramai dari ahli group yang berada di dalam dan luar negeri Kelantan.Ada di kalangan mereka sanggup pulang ke Kelantan semata-mata ingin berjumpa dengan sahabat yang tidak pernah bersua sejak dari SPM tahun 1982.Jalinan silaturrahim berjalan dengan baik dan jayanya dengan kehadiran ahli seramai 50 orang.Acara membakar kambing di mulai seawal jam 9 pagi.Selain itu,menu yang turut dihidangkan ialah sup tulang,ayam bakar dan pelbagai juadah lagi.Aktiviti menyiapkan juadah dilakukan secara gotong royong dikalangan AJK wanita dan lelaki.Semua AJK group sangat berpuas hati dan akan merancang pelbagai lagi aktiviti selepas ini.




No comments:

Post a Comment