SK KUBANG KERIAN 1- 16 OGOS 2015
Perhimpunan khas pada pagi ini untuk semua murid dan guru tahun 6 telah diadakan di Anjung MCN.Walaupun perjumpaan ini diadakan secara ringkas namun ia merupakan detik yang amat bermakna untuk semua pelajar dan guru tahun 6.Majlis penyampaian hadiah intensif untuk murid yang mendapat 5A juga turut diadakan.Seramai 22 orang murid telah mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan percubaan 2 kali ini.Ayahanda guru besar amat berharap agar murid-murid menggandakan usaha agar memperoleh keputusan lebih cemerlang dalam UPSR yang bakal diduduki nanti.Di akhir perjumpaan ini semua guru-guru tahun 6 telah merakamkan kata-kata semangat di atas sehelai kain putih yang akan digantung di dataran SKKK1.Kata-kata semangat ini akan menjadi inspirasi dan kekuatan untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment