Pages

Sep 14, 2022

KEJOHANAN RAGBI MSSM 2022







Alhamdulillah berakhir sudah perjalanan Pasukan Ragbi Negeri Kelantan di Kejohanan Ragbi MSSM 2022 yang berlangsung di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail ( SSTMI ) dari 4-6 September 2022.

Pasukan Ragbi bawah 12 tahun berjaya mendapat Johan Bowl dalam kejohanan tersebut manakala Pasukan Bawah 18 tahun menduduki tempat 4 CUP kali ini.

Tahniah diucapkan kepada 2 orang pemain U12 dan Jurulatih dari SK Kubang Kerian 1 kerana telah bermain dengan penuh kesungguhan dan membantu Pasukan Ragbi Kelantan mencapai kejayaan tersebut.

Mereka adalah :

1. Mohd Haziq Mukhlis Zuraidi ( SK Kubang Kerian 1)

2. Mohd Putra Firas Mohd Sani ( Skkk1)

3. Yusri Mohamed Yusoff (jurulatih) Skkk1

Terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing yang bertanggungjawab mencungkil bakat murid di sekolah masing², ibubapa yang memberikan komitmen demi kecemerlangan anak² dan tidak lupa kepada para penyumbang yang ikhlas membantu anak² Skkk1 ini..

InsyaAllah kita akan berusaha lebih gigih untuk kecemerlangan sukan ragbi di Kelantan selepas ini.


No comments:

Post a Comment