Pages

Apr 4, 2018

PELANCARAN KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2018

4 APRIL, 2018 - SK KUBANG KERIAN 1







Perasmian KM1M 2018 peringkat SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini dengan beberapa aktiviti menarik. Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Program KM1M 2018 akan diadakan selama tiga(3) hari bermula pada 03 hingga 05 April 2018 di setiap sekolah seluruh Malaysia. Pada tahun ini, majlis pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 03 April 2018 bertempat di SMK Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak.

Objektif KM1M :-
  • Mengisi masa lapang murid . 
  • Menggerakkan program / aktiviti galakan membaca. 
  • Memupuk minat membaca secara berterusan. 
  • Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan. 

No comments:

Post a Comment