Pages

Aug 8, 2017

MINGGU BAHASA MELAYU DAN MINGGU KEUSAHAWANAN PPKI

8 OGOS, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1

Minggu Bahasa Melayu dan Minggu Keusahawanan murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah diadakan bermula 1 Ogos, 2017 - 7 Ogos, 2017. Pelbagai makanan telah dijual antaranya kuih tradisional onde-onde, pelbagai buah potong dan aiskrim. Semua murid tahap 2 terlibat dengan program ini. 



Matlamat

  • Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan. 
  • Menyampaikan mesej hubungan sesama manusia dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Matematik, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral untuk melahirkan generasi yang berdedikasi dan bertanggungjawab. 
  • Menyedarkan dan menginsafi murid-murid dalam penggunaan masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.

Objektif

  • Memupuk minat berniaga di kalangan para murid
  • Membantu setiap unit persatuan mendapat dana untuk mengerakkan aktiviti
  • Memupuk semangat kerjasama di kalangan murid
  • Memupuk pemikiran yang kreatif di kalangan murid







No comments:

Post a Comment