Pages

May 11, 2017

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DAN KAYUHAN EMAS SKKK1

11 MEI, 2017 - SK KUBANG KERIAN 1
















Perkhemahan Unit Beruniform dan Kayuhan Emas murid-murid tahun 4, 5 dan 6 telah diadakan bermula hari Selasa 9 Mei hingga 11 Mei 2017 bertempat di Pantai Sri Nipah Bachok. Perkhemahan ini melibatkan 213 orang murid (5 orang murid dari kelas Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran) dari Pasukan Badan Beruniform Pengakap, PBSM, TKRS, Puteri Islam dan Tunas Puteri.

Aktiviti perkhemahan unit beruniform ini diadakan bersama-sama dengan aktiviti Kayuhan Emas. Murid yang menyertai kayuhan emas berbasikal sejauh lebih kurang 22 KM bermula dari sekolah ke tapak perkhemahan. Peserta kayuhan emas telah dilepaskan dengan rasminya oleh YDP PIBG Tn. Hj. Mohd Yunus @ Ab. Halim b. Tahir. Dalam perjalanan ke tapak perkhemahan peserta kayuhan emas  diiringi oleh pasukan keselamatan  HUSM dan Polis Trafik Kota Bharu. Rombongan peserta kayuhan berhenti rehat menghilangkan dahaga di beberapa buah sekolah, antaranya SK Banggu, SK Pok Pura dan Sk Seri Kemudi (perjalanan pergi), SK Badak, SK Pauh 5 dan SK Gong Dermin (perjalanan pulang).

Tn Guru Besar, Tn. Hj Mohamed bin Che Noh yang mengetuai pasukan berbasikal mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua sekolah yang terlibat kerana telah bermurah hati menyumbangkan minuman dan makanan kepada semua peserta  kayuhan. Selain itu penghargaan terima kasih juga buat kakitangan unit keselamatan HUSM, pasukan Polis Trafik Kota Bharu, guru-guru, kakitangan, ibu bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini samada secara langsung atau tidak langsung. Harapan beliau semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Insyallah.

No comments:

Post a Comment