Pages

Feb 7, 2017

PROGRAM TERAPI MURID PPKI

7 FEBRUARI 2017 - SK KUBANG KERIAN 1









Program Terapi Berkuda dan Terapi Muzik untuk tahun 2017 bagi murid Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran telah mula diadakan pada hari ini bertempat di Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK). Murid-murid yang terlibat pada hari ini adalah terdiri daripada murid-murid yang mengalami pelbagai masalah keupayaan, seperti Down Syndrome,  Hyperaktif, Slow Learners dan Autisma. 

Program terapi ini merupakan aktiviti mingguan yang diadakan seminggu sekali berselang seli dengan terapi renang. Aktiviti ini di kendalikan sepenuhnya oleh jurutlatih profesional dengan kerjasama pihak YOKUK. Dalam konteks pendidikan, Terapi ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. 

Konsep terapi dalam konteks pendidikan ialah didasari dari konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah dan ketidakupayaan pembelajaran mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor.

Terapi dalam pendidikan khas adalah salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Terapi
  • Dapat mengenalpasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid bermasalah   pembelajaran secara menyeluruh.
  • Untuk melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti terapi yang bersesuaian untuk  murid yang bermasalah.
 Keperluan Terapi
  • Melatih murid-murid  bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
  • Mewujudkan suasana persekitaran yang menyeronokkan.
  • Meransang murid untuk bergerak-balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
  • Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor murid bermasalah pembelajaran.

 

No comments:

Post a Comment