Pages

Nov 21, 2016

KARNIVAL BOLA SEPAK BAWAH 11 TAHUN (LUAR MUSIM)

21 NOVEMBER, 2016 - SK KUBANG KERIAN 1






Karnival bola sepak bawah 11 tahun (luar musim) NASROM GROUP dan MSSD Kota Bharu 2016  diadakan  bermula hari ini 21 November, 2016 - 23 November, 2016 bertempat di padang SKKK1. Karnival ini di harap dapat mencungkil bakat-bakat baru murid-murid untuk dijadikan sebagai pasukan sekolah pada masa akan datang dan dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras dengan program 1 Murid 1 SUKAN yang dilancarkan oleh kerajaan.

Objektif utama karnival ini adalah diharapkan agar :-
  1. Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.
  2. Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. 
  3. Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
  4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
  5. Melahirkan murid-murid yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
  6. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
  7. Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

No comments:

Post a Comment