Program kecemerlangan Bahasa Inggeris peringkat QIT Kota Jembal telah diadakan dengan jayanya pada 30 Julai 2016 bertempat di SKKK1. Seramai 150 orang murid mewakili 10 orang setiap sekolah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dari semua sekolah dalam QIT Kota Jembal terlibat dalam program ini. Semua guru Bahasa Inggeris di SKKK1 dan beberap orang guru dari sekolah berhampiran terlibat dalam menjayakan program kecemerlangan ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kebolehan menjawab soalan peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR dan seterusnya untuk menyahkan D dan E di kalangan sesetengah murid yang berada dalam QIT Kota Jembal.
No comments:
Post a Comment