Pages

Mar 2, 2016

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

2 MAC 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Program Motivasi dan ceramah teknik menjawab peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini bertempat di Anjung Bestari SKKK1. Program sehari itu di adakan untuk memberi semangat dan motivasi kepada semua murid untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada akhir tahun 2016 nanti. Antara objektif program :- 
 
Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan petua-petua kecemerlangan dalam menghadapi peperiksaaan.
  
Melahirkan pelajar yang mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab terhadap diri, tuhan, keluarga, bangsa dan negara.

Melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan rajin berusaha untuk kecemerlangan di dunia mahupun akhirat.

Memberi kesedaran kepada para pelajar bahawa sikap negatif merupakan penghalang kejayaan yang perlu dikikis dan diganti dengan sikap positif.




No comments:

Post a Comment