Pages

Feb 18, 2016

AKTIVITI KOKURIKULUM 2016

18 FEBRUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana  mendatangkan banyak faedah.

Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform dan Kelab Sukan dan Permainan SKKK1 telah dijalankan bermula 17 Februari 2016. Antara Badan Beruniform yang terdapat di SKKK1 ialah Pengakap, TKRS, PBSM, Puteri Islam dan Tunas Puteri. Manakala dan permainan pula ialah Bola Sepak, Squasy, Tenis, Bola Jaring, Bola Baling, Ragbi, Gimnastik, Sepak Takraw, Memanah, Taekwondo, Sukan Rakyat, Olahraga, Catur, Tenping Boling, Bola Tampar dan Badminton. 

Harapan dan doa semoga aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini akan berjalan dengan lancar dan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap aktiviti atau acara yang disertai. Insyallah.

No comments:

Post a Comment