Pages

Feb 28, 2016

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

28 FEBRUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1 








Majlis bantuan awal persekolahan RM 100 bagi murid-murid SKKK1 yang layak telah di sempurnakan pada 25 Februari 2016 bertempat di Anjung MCN SKKK1.

Dalam ucapan ringkas alu-aluan Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh menyeru kepada semua ibu bapa agar dapat menggunakan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan berhemah dan menggunakannya untuk kebajikan pelajaran anak masing-masing.

Feb 18, 2016

AKTIVITI KOKURIKULUM 2016

18 FEBRUARI 2016 - SK KUBANG KERIAN 1

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat tiga jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum kerana  mendatangkan banyak faedah.

Aktiviti Kokurikulum Badan Beruniform dan Kelab Sukan dan Permainan SKKK1 telah dijalankan bermula 17 Februari 2016. Antara Badan Beruniform yang terdapat di SKKK1 ialah Pengakap, TKRS, PBSM, Puteri Islam dan Tunas Puteri. Manakala dan permainan pula ialah Bola Sepak, Squasy, Tenis, Bola Jaring, Bola Baling, Ragbi, Gimnastik, Sepak Takraw, Memanah, Taekwondo, Sukan Rakyat, Olahraga, Catur, Tenping Boling, Bola Tampar dan Badminton. 

Harapan dan doa semoga aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini akan berjalan dengan lancar dan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap aktiviti atau acara yang disertai. Insyallah.