Majlis sembahyang hajat perdana untuk murid SKKK1 yang akan menduduki UPSR telah diadakan di Masjid As Solihin Kubang Kerian pada 3 September 2015.Majlis sembahyang hajat dan bacaan yassin ini telah dihadiri oleh semua guru dan Ibu bapa SKKK1.Majlis pada kali ini mendapat sambutan yang amat baik di kalangan ibu bapa,guru dan masyarakat setempat.Majlis bermula seawal 7.00 malam.Para ibu bapa juga telah membawa pelbagai juadah untuk menjamu selera selepas majlis ini selesai.Majlis solat hajat dan bacaan yassin ini turut dihadiri oleh Tuan Guru Besar SKKK1 dan YDP PIBG.Majlis ini telah diimami oleh Imam Masjid Assolihin.Semoga program sebegini dikekalkan dan dapat diteruskan dimasa akan datang...Insyaallah.
No comments:
Post a Comment