Story Telling & Action Song peringkat QIT Kota Jembal 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini..SK.Kubang Kerian 1 selaku tuan rumah amat berpuas hati dengan kelansungan majlis pada hari ini yang berjalan lancar.Sebanyak 3 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam acara action song iaitu.SK Sultan Ismail 4,SK Kubang Kerian 3 dan SK Kubang Kerian 1.Johan untuk pertandingan action song ini telah dimenangi oleh SK Kubang Kerian 3 diikuti Naib Johan SK Kubang Kerian 1 manakala tempat ketiga SK Ismail 4.Untuk Pertandingan Story Telling pula dimenangi oleh tuan rumah iaitu SK Kubang Kerian 1 dan tempat kedua SK Kubang Kerian 3 manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh SK Kota Jembal. Sebanyak 9 dari 12 buah QIT Kota Jembal yang mengambil bahagian dalam acara story telling pada hari ini.SK Kubang Kerian 1 selaku tuan rumah mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menjayakan pertandingan pada hari ini.
No comments:
Post a Comment