Pages

Feb 19, 2014

KEM BESTARI SOLAT MURID TAHAP 2 SIRI 1


19 Feb. 2014 - SK KUBANG KERIAN 1




Kem Bestari Solat Tahap 2 (murid tahun 4 dan 5 ) bagi murid-murid SK Kubang Kerian 1 telah diadakan dengan jayanya pada hari Selasa, 18 Feb 2014. Semua murid-murid tahun 4,  dan 5 di wajibkan hadir untuk mengikuti kem tersebut. Kem Bestari Solat yang di adakan ini merupakan salah satu program anjuran Panitia Agama Islam dan j-Qaf SKKK1 yang diadakan beberapa kali dalam setahun. Secara amnya Kem Bestari Solat merupakan aktiviti yang dilaksanakan dalam memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan.  

Antara objektif  Kem Bestari solat ini diadakan adalah untuk:-
  • Menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah. 
  • Menyatakan antara muafik dan masbuk. 
  • Membaca dan menghafaz surah al-qariah, al-adiat dan al-zalzalah dengan betul dan lancar. 
  • Menyatakan perkara-perkara yang membatalkan wudu dan solat. 
  • Mendirikan solat dengan sempurna
  • Melafazkan azan dan iqomah

No comments:

Post a Comment