KUBANG KERIAN 5 MAC, 2012 - Program Motivasi Kepimpinan SKKK 1 bagi tahun 2012 telah diadakan selama 2 hari 1 malam bertempat di Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas ICT, pengawas buku teks, ketua dan penolong ketua darjah dan pebimbing rakan sebaya, bagi murid tahuap 2, tahun 4, 5 dan 6. Objektif utama program ini di adakan adalah untuk menyuntik semangat jati diri serta sifat kepimpinan dalam diri murid-murid yang di beri amanah memegang jawatan di sekolah. Pelbagai aktiviti menarik dan mencabar telah di adakan sepanjang 2 hari ini iaitu aktiviti latihan keyakinan diri (night walk), melawat survival village, latihan asas gajet, permainan kepimpinan pertunjukan pancaragam, ceramah kepimpinan, pertunjukan platun serunai, dan kawad kaki. Penyampaian watikah perlantikan kepada semua yang menyertai program ini turut diadakan di akhir majlis penutup Kem ini.
No comments:
Post a Comment