9 Ogos, 2011 - Majlis ringkas dan tertutup penyampaian wang zakat kepada 190 keluarga murid SKKK 1 yang layak telah berlangsung pada hari ini di bilik Guru Besar SKKK 1. Sumbangan ini telah disampaikan sendiri oleh Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh. Pemberian wang zakat ini adalah sumbangan daripada pelbagai pihak seperti Bank Kerjasama Rakyat dan juga orang perseorangan. Pemberian wang zakat ini diagihkan kepada semua murid SKKK 1 yang benar-benar layak dan telah dibuat pemilihan dengan sewajarnya oleh pihak sekolah. Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh berharap sumbangan zakat yang diberikan ini dapat membantu meringgankan beban tanggungan keluarga masing-masing dan digunakan dengan sebaik mungkin tanpa pembaziran terutama di bulan yang barakah ini.
No comments:
Post a Comment