SABTU 26HB. MAC, 2011 - Aktiviti terakhir minggu Panitia Bahasa Inggeris SKKK 1 telah diadakan pada hari Sabtu 26hb. Mac, 2011 iaitu yang diberi nama 'English One Day Camp SKKK 1'. Aktiviti ini diadakan sepanjang hari iaitu bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang, melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 SKKK 1.Pelbagai acara atau pertandingan menarik telah diadakan sepanjang hari iaitu pertandingan hiasan khemah tercantik, pertandingan nyanyian, bacaan sajak/puisi, treasure hunt dan lain-lain lagi Murid-murid yang terlibat begitu seronok serta lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi di khalayak ramai khasnya berkomunikasi dalam BI. Setiap kumpulan yang menang dalam pertandingan tersebut diberikan hadiah di pagi Ahad semasa perhimpunan pagi.
No comments:
Post a Comment