Pages

Jan 1, 2011

::Pendaftaran Murid Tahun Satu Bagi Sesi 2011::

Sk.kubang kerian 1- Tanggal 01 januari 2011,satu majlis taklimat untuk para ibubapa murid Tahun satu  diadakan di anjung Bestari.Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Hj.Mohamed b.Che Noh selaku Guru Besar Skkk1.Turut hadir adalah Yang Dipertua PIBG Tuan Hj.Halim@Yunus B. Tahir.Para ibubapa telah didedahkan dengan program-program yang perlu diikuti oleh murid-murid tahun satu,keperluan-keperluan,masalah-masalah yang biasa melanda mereka,jua sukatan pelajaran baru,Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR )telah diberi penerangan oleh Tuan Hj.Mohamed B.Che Noh.Para ibubapa diminta memberi kerjasama yang padu ke arah kecemerlangan pelajaran anak-anak,bermula dari tahun satu.Cabaran dunia globalisasi tanpa sempadan ini perlu dilalui dan ditangani dengan baik oleh para ibubapa dan guru-gurubagi melahirkan generasi cemerlang,gemilang dan terbilang serta modal insan berminda kelas pertama.Untuk itu,para ibubapa perlulah mengambil cakna dalam perubahan kurikulum yang berlaku dalam era teknologi maklumat ini.....demikian antara lain ucapan Tuan Guru Besar Skkk1 dalam majlis ini.
      Seterusnya,para ibubapa beredar ke kelas anak-anak mereka mengikut senarai yang telah ditetapkan bagi urusan bayaran yuran dan pendaftaran.Seramai 206 orang pelajar tahun satu telah didaftarkan pada hari ini.Tuan haji Mohamed  berharap agar murid-murids tahun satu ini akan memulakan sesi pengajian dengan penuh semangat dan bakal lahir sebagai murid-murid cerdas pintar dan cemerlang rohani,jasmani,emosi,intelek dan sosial( JERIS ).Para ibubapa juga diminta agar sentiasa memberi kerjasama yang padu ke arah kejayaan ini.


"Menggemilangkan Akademik"

No comments:

Post a Comment