Pages
▼
Aug 31, 2022
MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE 65
31 OGOS, 2022
Majlis Sambutan Ambang Merdeka SK Kubang Kerian 1 berjalan dengan meriah dan penuh warna - warni. Majlis dimulai dengan bacaan Yasin seawal 7.30 pagi yang diketuai oleh guru besar SK Kubang Kerian 1 Ustaz Maturidi Mohamed sebagai mengenang jasa-jasa pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang soleh. Majlis Sambutan Ambang Merdeka ini disambung semula pada jam 11 pagi dengan acara pertandingan pakaian beragam merdeka, persembahan sajak, syair dan nyanyian murid PPKI. Murid-murid juga turut disajikan dengan persembahan koir guru. Kejutan Hari Lahir murid yang lahir pada 31 Ogos juga telah disambut pada majlis itu.Penutupnya murid-murid dan guru sama -sama menyanyikan lagu-lagu patriotik. Semoga sambutan semarak merdeka ini tersemai dijiwa anak-anak. Ucapan terima kasih juga pada ibubapa yang bersungguh-sungguh menyiapkkan pakaian anak-anak SKKK1 yang comel dan bergaya pada majlis sambutan ini.