Pages

KEM BESTARI SOLAT

14 FEBRUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1

Kem Bestari Solat Kali 1 pada tahun ini telah di adakan pada Sabtu 10 Februari 2018, bertempat di SKKK1 melibatkan murid tahun 1 hingga 6.






Feb 9, 2018

Feb 6, 2018

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

6 FEBRUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1













Majlis mesyuarat agung PIBG dan penyampaian bantuan awal persekolahan 2018  telah diadakan dengan jayanya pada petang ini bertempat di Anjung MCN SKKK1. Seramai 650 orang murid layak menerima bantuan awal persekolahan RM 100 pada petang ini yang terdiri daripada keluarga berpendapatan RM 3000 ke bawah.

Majlis telah dirasmikan oleh  YBG En.Mohd Rusli bin Salleh, Ketua Penerangan Umno Bahagian Kubang Kerian. Turut hadir bersama pada petang ini En. Zaidi bin Abdullah, Ketua Bahagian Linus, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu.

Dalam ucapan alu-aluan, Tn. Guru Besar , Tn. Hj. Mohamed b. Che Noh, mengucapkan terima kasih kepada YBG En.Mohd Rusli bin Salleh wakil kepada Datuk Muhammad b. Abdul Ghani, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian yang tidak dapat hadir pada petang ini kerana berada di luar daerah atas urusan rasmi.  

Beliau juga turut mengucapkan  terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa bersama pada petang ini, terima kasih kepada para penderma yang sudi menghulurkan menderma sempena mesyuarat agung PIBG pada hari ini.Sekalung ucapan tahniah juga ditujukan kepada AJK PIBG yang baru dipilih dan dilantik pada petang ini. Kesempatan yang ada pada petang ini, beliau turut memaklumkan PBS akan diteruskan dengan penambahbaikan. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menghantar  usul mesyuarat agung PIBG pada petang ini. Semua usul yang dikemukakan akan dibincangkan dan akan diambil tindakan dalam mesyuarat AJK PIBG dalam masa terdekat.


Feb 5, 2018

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN KECIL SKKK1

5 FEBRUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1






Majlis perlantikan pemimpin kecil SKKK1 bagi sesi 2018 telah diadakan dengan jayanya pada pagi ini bertempat di Tapak Perhimpunan Anjung MCN SKKK1. Majlis telah dirasmikan oleh ASP Ediansha bin Endal, Ketua Balai dari Balai Polis Kubang Kerian Kota Bharu Negeri Kelantan.  Dalam ucapan ringkas alu-aluan, Tn. Guru Besar Tn. Hj. Mohammad b. Che Noh, mengalu-alukan kedatangan ASP Ediansha bin Endal serta rombongan ke sekoloh dan sekalung penghargaan terima kasih diucapkan. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin kecil SKKK1 yang dengan rasminya telah dilantik pada hari ini sebagai pemimpin kecil sekolah dan selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Semoga kecemerlangan yang ditunjukkan pada hari ini akan membakar semangat untuk terus mengukir kecemerlangan pada masa akan datang. Insyallah.

Feb 1, 2018

AKTIVITI GOTONG ROYONG PERTAMA 2018 PPKI

1 FEBRUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1






Aktiviti pertama gotong royong guru-guru dan murid-murid PPKI SKKK1 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini 1 Feb, 2018 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Semua guru, PPM dan murid PPKI terlibat dalam aktiviti ini, membersihkan Taman Mini, kawasan perkebunan dan kawasan sekitar bangunan PPKI.

SALAM TAKZIAH


Satu majlis tahlil guru-guru serta kakitangan dan semua murid SKKK1 telah diadakan pada awal pagi ini bertempat di Anjung MCM.  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

TAKLIMAT VLE FROG OLEH UNICLIQ

1 FEBRUARI 2018 - SK KUBANG KERIAN 1




Taklimat dan perkongsian pintar VLE FROG oleh pihak UNICLIQ telah diadakan pada :

Tarikh : 31 Januari, 2018
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Bestari SKKK1

Kehadiran : 
Semua Guru Panitia Matapelajaran, Guru Kelas dan Murid tahap 2 (tahun 4 , 5 dan 6)